Subscribe my Youtube Channel


A splog or “spam blog” is a blog that steals content from other web sites, then aggregates and republishes the content on its own blog. Splogs are created primarily to make money from ads shown on the splog and/or promote affiliated web sites. Splog owners are too dishonest, lazy or stupid to create their own original content and instead thieve yours.

Friday, March 20, 2009

[PSP]PSP Phat USB Charge mod

PSP Slim(PSP 2000) ada keupayaan charging PSP melalui USB port. Mode itu boleh dienable atau disable di dalam menu XMB.
Namun, sedih betul apabila keupayaan tersebut tidak ada pada PSP PHAT(PSP 1000). Tetapi dengan sedikit modifikasi dan akal
yang pintar macam aku ni...(ceh! perasantan :P). PSP PHAT pun boleh dimodkan supaya boleh charging dengan melalui port USB.
Mod ini cuma khas untuk PSP1000 yang lama tu sahaja. Sesiapa yang berminat sila berhati-hati.
Kalau berminat ngan mod tapi tak berani nak buat, boleh carik saya. Untuk area kuching sahaja ;)

1. Mula-mula barai habis PSP korang sehingga ke motherboard. Cabut keluar motherboard PSP macam dalam gambar ni.

Photobucket

Photobucket

2. Sekarang terbalikkan motherboard tu. Korang akan nampak ada 5 kaki pin USB port. Yang sebelah kanan sekali kita akan
guna dalam mod ini.

Photobucket

3. Ambik satu kabel wayar yang kecil. (Aku ambik wayar mouse yang dah rosak). Buang sikit kulitnya dan lilit pada kaki ke-5
pin port USB tadi macam dalam gambar. Pateri kalau boleh.(Payah nak pateri, aku rekomen pateri kalau handal pateri). Kalau dah pateri, periksa
dengan multimeter supaya tidak ada shorting.

Photobucket

4. Terbalikkan motherboard. Kemudian tarik kabel tadi dan sambungkan ke power port warna putih tu macam dalam gambar. Ambik kaki sebelah kiri.
Paterikan. Kalau tak boleh pateri, selitkan ke lubang depan tu masa nak masukkan balik kabel power. (Aku dah cuba pateri, asyik tanggal je. Jadi aku guna kaedah selit)

Photobucket

Photobucket

5. Sekarang pasang balik semua komponen penting PSP dan test hasil mod kita. Masukkan kabel USB ke PSP dan sambung ke komputer.
Kalau power LED PSP menyala warna oren, maka mod kita dah berjaya. Tengok dalam gambar, PSP aku charging tanpa power kabel. Caj guna kabel USB sahaja.
Tak pasang bateri pun, PSP ni masih boleh on dengan kabel USB. Sekarang bolehlah korang pakai charger motorola yg pakai port USB tu untuk charging PSP.

Photobucket

Masa pasang balik motherboard dan kabel2 tu, sila pastikan kabel tak terluka dan shorting. Aku dah kena sekali. Latih investigate, rupanya ada shorting sebab ada kabel terluka.

Selamat mencuba.

P/S: Kalau ada peluang, aku akan masukkan cara2 membarai PSP sampai ke motherboard.

1 comment: