Subscribe my Youtube Channel


A splog or “spam blog” is a blog that steals content from other web sites, then aggregates and republishes the content on its own blog. Splogs are created primarily to make money from ads shown on the splog and/or promote affiliated web sites. Splog owners are too dishonest, lazy or stupid to create their own original content and instead thieve yours.
Showing posts with label Weblogs. Show all posts
Showing posts with label Weblogs. Show all posts

Wednesday, February 3, 2021

NangAntapTu Update 1.1.2 | Wira Kembar 206 | CyclonApps Web New GUI (2021)


🟢Komik Juara-Juara Kembar 2 - Wira Kembar Episod 206.
Versi penuh boleh di baca dalam app NangAntapTu. Layan.

🟢NEW Update NangAntapTu Version 1.1.2

Install NangAntapTu.
Applikasi percuma untuk baca koleksi komik hong kong seperti Juara Wira, Jengking Merah, Juara-Juara Kembar, Pendekar Laut, Wira Tunggal dan sebagainya.

🟢NEW Update CyclonApps Web

Boleh dapatkan dari CyclonApps:
https://cyclonmaster.github.io/appstore/

Atau Direct Download link:
https://cyclonmaster.github.io/appstore/assets/NangAntapTuv1.1.2.apk

TAKE NOTE:
Direct download guna in app browser facebook di hp maybe akan stuck. Bug facebook.

Ada 3 solution:
1. Cuba, klik button [...] atas kanan tu, klik open with chrome. download guna chrome
2. In the Facebook App, go to Settings > Media and Contacts > Links Open Externally. Enable that and it will use your Phone default browser instead of the built in Facebook browser.
3. Download dari apk installer dari telegram channel https://t.me/komikmanhua
4. Ada masalah, PM atau Contact saya melalui telegram https://t.me/cyclonmaster

Maaf NangAntapTu cuma untuk Android sahaja.

Jemput singgah channel youtube saya juga. https://www.youtube.com/c/MohdKhairunNasirSaadi

Tuesday, February 25, 2020

Vlog: Miri Tusan Beach’s famous ‘Horse Head Drinking Water’ rock cliff

Miri ‘Horse Head Drinking Water’ at Tusan Beach recorded on 30 June 2019.
A visit during a 7th International Conference on Smart Computing & Communications(ICSCC 2019) at Curtin University, Miri.
Like & Subscribe my channel. Thank you.

Thursday, April 7, 2016

Sunday, April 3, 2016

Next challenge: PhD in Advanced Information Technology



Waiting for the acceptance result 04/04/2016. Fight back to UniMAS again. Then apply MyPhD. InsyaAllah, everything going as per plan.

Wednesday, January 6, 2016

Komik2 open to let go in loose...pilih...pilih...



Teman Pendekar Helang Sakti (Jilid 1-43,45-62,64-71,75-86Tamat) = RM500
Jaguh Sakti(Jilid 2-68,85,89-92,94,96-97,100-101) = RM250
Wirawan Tunggal (1-39, 42-71, 73-93, 98Tamat) = RM360
Raja Bola(1-4) = RM16
Pendekar laut 107, 112 = RM6
Wira Naga Sakti 5 = RM3
Juara-Juara Kembar 30, 65 = RM6

Tuesday, December 22, 2015

Duhai Isteriku...



Duhai isteriku,

Wanita yang Allah takdirkan menjadi ibu untuk anak-anakku,
Sembahlah Allah, jangan pernah engkau menyekutukan Allah,
dengan sesuatu apapun yang ada di langit dan dibumi,
Cintailah Allah melebihi kecintaanmu kepadaku,

Ya Allah, jika tiba ajalku,
Lindungilah isteriku dan anak-anakku,
Namun jika masih Kau berikan umur,
Berikanlah hambaMu kekuatan untuk selalu membahagiakan mereka,
Bantu hambaMu untuk selalu membuat mereka tersenyum,
Bantu hambaMu untuk membuat mereka tertawa bahagia,
Jadikan hambaMu ini suami dan ayah terbaik untuk mereka,

Ya Allah, terima kasih untuk saat-saat indah yang dapat kami nikmati bersama,
Terima kasih untuk setiap pertemuan yang dapat kami lalui bersama,
Sucikanlah hatiku Ya Allah,
Semoga Engkau redhai kami,
untuk bersatu mengharungi sisa umur kami,
Betapa Maha Besarnya Engkau,
kerana telah memberikan kepadaku pasangan,
yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.

Ya Allah, kau kekalkanlah perhubungan ini,
Bukakanlah pintu hati kasih kami berdua,
Kau tutupkanlah pintu hati ini dari dirobek anasir jahat,
Lindungilah kami Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Maha Pelindung dan Maha Pemberi Pertolongan.

-Amin-

Tuesday, December 8, 2015

Wednesday, October 22, 2014

openlearning: Massive Open Online Course(MOOC) tempatan

Selain coursera,udacity,edx,udemy,canvas dan byk lagi MOOC(Massive Open Online Course) yg lain. Malaysia pun ada MOOC sendiri di openlearning. Mari tambah ilmu dan kasi tebal koleksi sijil korang. Byk kursus free dari IPTA/IPTS tempatan di https://www.openlearning.com/courses/

Thursday, November 21, 2013

cyclonchip8: My first Chip8 Emulator


Percubaan membina emulator untuk Chip8 hampir berjaya. cyclonchip8 ada dalam github dengan GPL v3.

Ini linknya: https://github.com/cyclonmaster/cyclonchip8

Dah berjaya running. Test run game invaders.c8, masih belum sempurna. Ada bugs dengan graphics implementation.

Saturday, November 9, 2013

Convocation UNIMAS 2013


Today is my convocation day. Happy :)

8/11/2013
Raptai Convocation at DeTAR UNIMAS





9/11/2013
Convocation day at DeTAR UNIMAS

Thursday, October 3, 2013

Work Travelling to Bandung

First thing to do is check PTPTN imigresen status.



Poket kering lepas bayar roadtax + insurans kereta. Next week travelling kerja ke Bandung. Alamak, kena buat passport RM300 rasanya budget. Lorr... lari2 anak dah budget ku.

Thursday, August 29, 2013

Finished my Master’s Degree in Advanced Information Technology

Alhamdullillah, already finished my Master’s Degree at Universiti Malaysia Sarawak. Now awaiting for convocation in November. Insyaallah, next will be aiming for pHD.

Saturday, August 3, 2013

Sedih, pilu iringi pemergian


KUCHING: Panggilan ‘Mama’ oleh Awang Akif Hadwan Awang Shukri me­nambah kesedihan upacara pengebumian ibunya, Allah­yarhamah Halimah Hamree, 30, di Tanah Perkuburan Islam Semariang sekitar jam 2.15 petang semalam.
Awang Akif yang beru­sia tiga tahun seolah-olah mengerti pemergian ibunya apabila turut menangis sambil memanggil-manggil nama ibunya pada upacara yang tu­rut dihadiri oleh kira-kira 100 orang termasuk keluarga dan sahabat handai Halimah.
Halimah yang merupakan daei dan pendakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak adalah salah seorang daripada empat mangsa yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 45 Jalan Sri Aman-Sarikei kelmarin.
Bagi ibu Allahyarhamah, Norhanah Enggot, 55, ke­malangan yang meragut nyawa anaknya itu memang mengejutkan memandangkan Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi.
Menurutnya, anaknya tidak menunjukkan sebarang peru­bahan ketara sebelum insiden tersebut.
“Saya hanya perasan wajah arwah berseri-seri sebelum meninggal rumah untuk ke Betong,” katanya kepada pemberita semalam.
Sementara itu, ibu mentua Halimah, Seniah Mansor, 64, berkata tidak banyak yang diperkatakan Allahyarhamah melainkan ingin beraya di Kabong.
“Saya tidak nampak se­barang perubahan dari ke­lakuan beliau. Ini kerana beliau adalah seorang yang ceria dan sentiasa gembira,” ujarnya sambil menambah Halimah mempunyai seorang lagi anak yang berusia lima bulan.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan mengu­capkan takziah kepada semua keluarga mangsa kemalangan tersebut yang disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada sidang media di Lapangan Terbang Antara­bangsa Kuching (LTAK), awal pagi semalam.
“Saya mewakili Perdana Menteri ingin mengambil kesempatan untuk meng-ucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa rombongan JAKIM Sarawak termasuk seorang dari PERYATIM yang terlibat dengan kemalangan petang tadi (kelmarin).
“Mudah-mudahan Allah SWT mengampuni dan melimpahkan rahmat yang tidak terhingga atas kecurahan tenaga mereka. Khususnya di saat mereka melaksanakan tugas di bulan Ramadan dan kepada keluarga mangsa, kita doakan Allah limpahkan mereka kesabaran agar mereka tabah menghadapi semua ini,” katanya.
Beliau tiba di LTAK tengah malam kelmarin bersama Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali.
Sejurus selepas sidang media tersebut, Jamil Khir serta rombongannya melawat Fakih Ikhwan yang cedera parah dalam kemalangan tersebut dan dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Rombongan kemudian menziarahi keluarga seorang lagi mangsa yang maut Harliani Hanani, 29, di Serian dekat sini sebelum menziarahi keluarga Halimah di Semariang Batu, di sini.
Menurut Jamil Khir, kematian mereka merupakan satu kehilangan yang sangat besar kepada negara terutamanya dalam menyebarkan ajaran Islam.
“Mereka merupakan kakitangan serta pendakwah yang komited dengan tugas dan yang lebih ter-kesan, ada antara mereka adalah alumni Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS),” katanya.
Jamil turut menyampaikan sumbangan peribadi daripada Perdana Menteri, majlis-majlis agama di peringkat persekutuan, JAKIM serta Jabatan Perdana Menteri kepada ke-luarga mangsa.
Di Sibu, jenazah Allahyarham Ibrahim Hailee, 39, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sibu selepas selesai solat Jumaat sekitar jam 1.45 petang semalam.
Kematian Penolong Pengarah JAKIM Sarawak itu bersama tiga rakan seperjuangannya mengejutkan banyak pihak, khasnya ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai beliau.
Zuliana Hailee, 33, adik bongsu Allahyarham memberitahu berita pemergian beliau hanya diterima oleh keluarganya di Sibu sekitar jam 5.15 petang kelmarin.
“Pada hari kejadian, sebenarnya saya sendiri bertindak menghubungi pihak JAKIM kerana kita memahami amat sukar untuk mereka memberi perkhabaran itu kepada kami sekeluarga di Sibu.
“Selepas mengetahui hal sebenar, saya bersama ayah terus bergegas ke tempat kejadian dengan kendera-an pihak JAKIM. Saya dan ayah hanya mampu menitiskan air mata melihat keadaan Allahyarham yang dikatakan terhimpit teruk di bahagian pemandu dalam kemalangan itu.
“Segalanya hanya dapat kita serahkan pada Allah SWT, pendek kata tiada apa-apa yang mampu diungkap dari mulut jika ditanya mengenainya,” katanya ketika ditemui semalam.
Allahyarham yang me-rupakan anak keempat daripada enam beradik dan masih bujang disifatkan sebagai seorang yang amat baik, mudah mendekati sesiapa sahaja dan amat akrab dengan ahli keluarganya.
Ketika tinjauan Utusan Borneo di Surau Darul Sa’adah, Jalan Pa’ Dris, Sibu di mana jenazah ditempatkan sebaik sahaja tiba di kediamannya mendapati ruang dan kawasan surau dipenuhi pelbagai lapisan masyarakat selepas kematian beliau mendapat tumpuan umum.
Ibu Ibrahim, Salhah juga tidak berupaya untuk berkata-kata panjang kerana masih dalam kesedihan selepas beliau dikatakan ada menelefon ibunya beberapa hari lalu untuk memberitahu tidak perlu membuat kek yang banyak untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri kerana segalanya telah ditempah olehnya.
Bagi Ustazah Hidayati dari JAKIM Sibu, pemergian Ibrahim serta rakan yang lain sudah pasti memberi kesan mendalam kepada semua warga JAKIM kerana beliau seorang yang sangat komited dalam tugas serta banyak memberi inspirasi kepada kakitangan di bawah seliaannya.
“Saya dah kenal Allahyarham hampir 10 tahun. Beliau memang seorang yang baik, peramah dan sentiasa memberikan motivasi kepada kami (kakitangan JAKIM) walaupun teguran disifatkan marah tetapi banyak nasihat yang beliau tegaskan.
“Tetapi, perilaku beliau tampak berubah sejak kebelakangan ini, beliau kurang bercakap dan jarang bergurau dengan kakitangan sedangkan itulah sikap sebenar Allahyarham.
“Bila mendengar khabar berita ini, mulut untuk berkata bagaikan terkelu, sehinggakan memberitahu keluarga Allahyarham menjadi serba salah. Allahyarham seorang yang amat dihormati dan disegani ramai pihak,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha turut menziarahi keluarga serta memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Surau Darul Saadah, semalam.
“Perdana Menteri serta Menteri berkaitan menyampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Apa yang me-nimpa beliau suatu yang amat dirasai kerana saya sendiri sering bersemuka dengannya jika ada sebarang perjumpaan mahupun mesyuarat di ibu pejabat.
“Beliau seorang yang sangat berkarisma dan semua kakitangan di bawahnya amat menyenangi beliau dengan cara serta sikapnya ketika menjalankan tugas,” kata Othman.
Jenazah Allahyarham Ibrahim dibawa ke Hospital Sri Aman kemudian dipindahkan ke Masjid Sri Aman untuk pengurusan pemandian jenazah dan dibawa pulang ke Sibu, difahamkan tiba sekitar waktu Subuh semalam.
Turut hadir pada upacara pengebumian di Sibu semalam ialah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee serta yang yang lain.
Jenazah keempat dalam kejadian itu, Qurratu Aini Rolfandy, 23, tiba di kampung halamannya di Sarikei pagi semalam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sarikei.
Dalam kemalangan yang berlaku sekitar jam 3.20 petang kelmarin, empat kakitangan JAKIM maut apabila kenderaan MPV jenis Toyota Innova yang dinaiki oleh mereka bertembung dengan sebuah lori balak.
Manakala dua lagi mangsa iaitu Mohd Firdaus Ahmat, 23, masih dirawat di Hospital Betong dan seorang kakitangan PERYATIM, Fakih Ikhwan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HUS.


Friday, August 2, 2013

Takziah kepada keluarga Allahyarham Ust Hj Ibrahim Hj Hailee dan rakan-rakan

Sebak rasanya mendengar permergian guru dan sahabat yang baik, Ust Hj Ibrahim Hj Hailee yang mana terkorban dalam nahas jalan raya pada pukul 3.30 petang semalam. Arwah dan lima staff yang lain dalam perjalanan dari Kuching pada jam 2 petang untuk menghadiri majlis dakwah, berbuka puasa serta memberi bantuan kepada saudara baru di Betong. Syahid di bulan Ramadhan yang mulia. semoga rohnya tenang di alam sana. Amin.


Rujukanhttp://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sukarkeluarmayat/Article/index_html

Friday, February 15, 2013

Get back to class: Final Lecture

Esok kembali semula ke kelas. Kertas terakhir semester ini: Mobile Computing, INSYAALLAH.
Dapat pensyarah hot macam ni kan best. Terang mata sepanjang kelas :)
Abis ini course, hopefully dapat konvo bulan 8 and get back sambung scan komik...he...he...

Menjelang PRU13: BN vs PR, Mana satu pilihan anda?

Pilihanraya kali ni paling hangat sekali kerana Parti masing2 mempunyai kekuatan dan mempunyai peluang untuk menang. BN dengan kekuatan, kuasa, ideologi dan kekuatan media massanya, PR dengan prestasi negeri masing2, pintasan politik dan manifestonya.

Jadi, yg mana pilihan anda?

Selamat mengundi.

Friday, January 18, 2013

Drama/Novel: Setia Hujung Nyawa


Tertengok drama ni kat TV3 time isteri dan mak tgh nonton. Best jugak layan. Diadaptasi daripada Novel Setia Hujung Nyawa. Top gak novel ni. Sape nak tempah boleh je jenguk laman ni:


Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.


Total episode ada 28. Sekarang dah episode berapa ntah. Aku baru je layan episod 5. Nak sedut, korang google le sendiri. Sekarang aku nak sambung episod 6 :)

Tuesday, January 15, 2013

HOT: Listen...listen...listen... Bawani KS vs SharifahZohra

A 24-minute video of a public university forum speaker mocking a student has gone viral on online forums and Facebook. The video showed the speaker - Sharifah Zohra Jabeen, president of little-known women's organisation called Suara Wanita 1Malaysia or SW1M - dismissing a student, Bawani KS, who stood up to highlight points on Bersih and free education with remarks including "when this is our programme, we allow you to speak' and 'when I speak, you listen". Follow the story and contribute pics, memes, videos, articles, links here!
Tengok video ni: http://www.youtube.com/watch?v=o_YEKBkUmLw

Situasi yg membuka mata dan minda. Pelajar memberi soalan dan pendapat dengan hujah, tapi orang yg lebih pandai dengan status "berdegree holder" riaknya membalas dengan listen...listen...listen...dan merapu pasal masalah binatang. Hmmmm......memanjang aku dibuatnya.

Situasi sebegini semestinya bukan hanya di sekolah2, universiti2, tempat kerja, malah di mana2 berlaku. Ini perlu diperbetulkan segera. Setiap orang perlu belajar menerima pendapat orang lain dan sudi mendengar. Mendengar dan menerima bukan bermakna bersetuju. Setiap oarng ada pendapat dan tafsiran masing2.

OKKAAAYYY!!! LISTEN...LISTEN...LISTEN...

Saturday, November 24, 2012

Jottacloud - Backup Smartphone anda sekarang sebelum terlambat



Sangat berguna untuk backup contacts(google tak payah kot), photos, songs, videos, sms dan mms atas awan. Henpon hilang atau terformat/terpaksa format etc...tiada masalah.


Mari ikut saya backup sekarang: KLIK DISINI

Monday, October 29, 2012

[Wanted] Mencari Seagate ST3250820A utk dipinjam

IDE 250GB
Seagate Barracude 7200
PN: 9BJ03E-300
SN: 5QE0KFX8
ST3250820A
Firmware: 3.AAC

Sesiapa ada Harddisk ni dan sudi untuk loan kepada saya? Diperlukan untuk data recovery. Sila emel saya: cyclonmaster@gmail.com. Terima kasih.