Subscribe my Youtube Channel


A splog or “spam blog” is a blog that steals content from other web sites, then aggregates and republishes the content on its own blog. Splogs are created primarily to make money from ads shown on the splog and/or promote affiliated web sites. Splog owners are too dishonest, lazy or stupid to create their own original content and instead thieve yours.

Saturday, April 16, 2011

Fake Sarawak Report: Using Google adsense services!

Menyedari pengaruh besar yang dicetuskan oleh website sarawakreport.org di dalam membongkar salah laku serta penyelewengan yang dilakukan berpuluh tahun oleh Ketua Menteri Sarawak Taib mahmud, nampaknya gerombolan songkok tinggi cuba menipu di dunia internet pula dengan cara memesongkan pelayar-pelayar internet kepada sebuah website palsu yang sengaja dicipta menyerupai website Sarawak Report.

Website palsu tersebut menggunakan domain yang hampir serupa iaitu sarawakreports.org, hanya berbeza dengan tambahan huruf 's' di hujung ejaan report(s). Malah dengan kuasa wang gerombolan songkok tinggi, mereka juga sanggup mengeluarkan belanja menggunakan khidmat iklan google adsense.

Melalui perbelanjaan iklan di google adsense, setiap pencarian kata kunci (keyword) "Sarawak Report" di enjin pencarian terkenal google, akan membawa pelayar-pelayar internet kepada website palsu tersebut yang dipaparkan pada muka pertama (first page) carian google

Dengan kuasa duit gerombolan songkok tinggi menggunakan iklan google adsense, para pelayar internet yang memilih website Sarawak Report palsu akan dibawa ke sebuah halaman yang memuji-muji Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud selain dipesongkan kepada fakta-fakta kononnya Sarawak semakin maju di bawah Barisan Nasional.

ReJaM© "Dalam dunia nyata menipu, dalam dunia maya pun nak menipu rakyat..."

milosuam

No comments:

Post a Comment