A splog or “spam blog” is a blog that steals content from other web sites, then aggregates and republishes the content on its own blog. Splogs are created primarily to make money from ads shown on the splog and/or promote affiliated web sites. Splog owners are too dishonest, lazy or stupid to create their own original content and instead thieve yours.
----------------------------------------------------
Tips bypass linkbucks: Selepas klik link, terus je klik stop kat browser dan tunggu sehingga "Please Wait" bertukar menjadi "Skip This Ad". Sekarang boleh klik link "Skip This Ad" utk bypass iklan linkbucks.

PAS solat hajat seluruh negara malam ini


PAS mengarahkan semua ahlinya di seluruh negara melaksanakan solat hajat pada malam ini untuk kemenangan calon-calon PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu ini, lapor Harakadaily.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata tindakan itu jalan yang terbaik supaya Allah memberi kesejahteraan kepada calon dan petugas mereka di negeri itu.

“Kita perlu memohon kepada Allah semoga pintu hati pengundi terbuka untuk menyokong perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

“Alhamdulillah, petugas PAS dan Pakatan Rakyat menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan perubahan politik di Sarawak,” katanya.

Sebelum ini, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden parti itu, Datuk Seri Hadi Awang telah mengarahkan semua ahli supaya menunaikan solat hajat di seluruh negara malam ini.

Idris dalam kenyataannya berkata semua penyokong PAS di seluruh negara hendaklah bermohon kepada Allah agar keselamatan petugas-petugas parti selamat menjalankan tugas sepanjang pilihan raya ini.

“Nampaknya bunga-bunga kemenangan sudah nampak, penerimaan masyarakat tempatan walaupun berlainan agama dan budaya,” tulisnya.

Malaysiakini

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Kepada Splogger2