Subscribe my Youtube Channel


A splog or “spam blog” is a blog that steals content from other web sites, then aggregates and republishes the content on its own blog. Splogs are created primarily to make money from ads shown on the splog and/or promote affiliated web sites. Splog owners are too dishonest, lazy or stupid to create their own original content and instead thieve yours.

Friday, April 15, 2011

Rasuah, musuh rakyat S'wak, kata Tian Chua


Dua hari sebelum rakyat Sarawak keluar mengundi, Perdana Menteri Najib Razak berjanji peruntukan untuk Sarawak akan dipertingkatkan sekiranya BN diberikan mandat untuk terus memerintah negeri ini.

Dalam reaksi spontan, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, yang dipertikaikan ialah kenapa sebilangan besar rakyat Sarawak tetap dibelenggui kemiskinan dan tanpa prasarana asas, meskipun negeri itu dijanjikan peruntukan berbiliion ringgit setiap tahun.

Dalam ucapannya malam semalam, Najib mendakwa Putrajaya memperuntukkan RM5.7 bilion untuk masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak di bawah program transformasi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

“Kita untuk NKRA prasarana luar bandar, bekalan air, api, baik pulih rumah,RM5.7 bilion kerajaan pusat lulus untuk Sarawak,” kata Perdana Menteri di program khidmat masyarakat 1Malaysia di Satok malam semalam.

Namun peruntukan itu dipersoalkan oleh Pakatan Rakyat dengan merujuk kepada kemiskinan tegar yang masih mencengkam sebahagian besar daripada pendalaman Sarawak.

"Kalau Najib betul-betul telah melulusan peruntukan itu , rakyat lagi marah, dan mahu tahu ke mana pergi dana itu dan juga peruntukan-peruntukan sebelum ini. Kenapa sehingga kini masih ramai masyarakat Iban, Bidayuh, Melanau, Dayak dan sebagainya terus miskin?, kata Tian kepada TVSelangor.

Punca rakyat miskin

“Ini yang menjadi persoalannya sekarang, Kita mahu tahu punca rakyat Sarawak terus miskin, jika benar Putrajaya menyalurkan begitu banyak wang kepada kerajaan negeri Sarawak,” tambah beliau.

Najib semalam mendakwa BN jauh lebih mampu daripada Pakatan Rakyat untuk menyalurkan bantuan kepada Sarawak dan merujuk kepada program-program yang diperkenalkan beliau.

Namun hakikat adalah Sarawak negeri keempat paling miskin di Malaysia meskipun mempunyai hasil minyak, balak dan sumber semulajadi yang lain.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang memerintah Sarawak untuk 30 tahun dibelit dengan dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa. Keluarga beliau dituduh memiliki harta benda bernilai berbilion ringgit di dalam dan luar negara.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menjanjikan RM 1 billion untuk kemudahan awam seperti jalan, air dan bekalan elektrik di kawasan luar bandar jika Pakatan Rakyat diberi mandat menubuhkan kerajaan negeri.

Guan Eng juga berkata kerajaan negeri Pakatan Rakyat juga akan menuntut kerajaan Persekutuan menaikkan royalti minyak daripada lima peratus kepada 20 peratus untuk menampung dana itu.

Tian berkata Pulau Pinang dan Selangor menjadi contoh jelas keupayaan Pakatan Rakyat membela penduduk dengan mengekang rasuah dan menjalankan urus tadbir telus.

"Rakyat Sarawak patut tanya ke mana pergi dana yang diperuntukan oleh kerajaan pusat itu, kalau dana telah diperuntukan, tetapi orang Dayak masih miskin ia jelas amalan rasuah yang teruk.

"Orang Dayak yang hidup dalam pendalaman masih menanti-nanti, dari mana, bagaimana, dan kemana dana ini pergi dan kenapa mereka sehingga hari ini tidak dapat apa-apa faedah dari peruntukan yang dijanjikan Barisan Nasional" tambah Tian.

Malaysiakini

No comments:

Post a Comment